Hazrat Abu Hurairah r.a berkata,
"Sekiranya kamu melihat
keadaan kami dahulu,
sebahagian daripada kami tidak
mempunyai makanan buat
beberapa waktu walaupun
hanya untuk menegakkan tulang
belakang. Disebabkan kelaparan,
kadang-kadang saya menekan
dada ke bumi dan kadang-
kadang saya meniarap dengan
meletakkan segala kekuatan ke
perut dan kadang-kadang saya
mengikat batu pada perut."
Pada suatu hari saya duduk di
jalan yang biasa dilalui oleh para
sahabat yang besar. Hazrat Abu
Bakar r.a telah lalu. saya mula
bertanya sesuatu kepada beliau
dengan harapan beliau akan
terus melayan percakapan saya
dan terus membawa saya ke
rumah. Kemudian seperti biasa
beliau akan melayan saya dengan
menghidangkan apa-apa
makanan yang ada di dalam
rumah. Namun demikian, beliau
tidak melakukan seperti itu
(mungkin kerana tidak terlintas
di hati beliau atau kerana telah
diketahui keadaan di rumahnya
juga yang tidak mempunyai apa-
apa).
Selepas itu Hazrat 'Umar r.a pula
yang lalu. Bersama beliau pun
keadaan yang sama telah
berlaku. Kemudian Rasulullah
s.a.w yang lalu. Melihatkan saya,
Baginda s.a.w pun tersenyum.
Baginda s.a.w telah memahami
keadaan dan tujuan saya.
Baginda s.a.w berkata, "Abu
Hurairah, ikutlah bersama saya."
Lalu saya pun terus bersama
Baginda s.a.w. Baginda telah
pulang ke rumah. Di dalam
rumah terdapat satu mangkuk
susu yang telah dihantarkan
kepada Baginda s.a.w. Baginda
bertanya. "Dari manakah susu
ini?"
Telah dijawab, "Dari tempat
sekian untuk Rasulullah sebagai
hadiah."
Kemudian Baginda s.a.w
bersabda, "Abu Hurairah,
pergilah panggil ahlussuffah dan
bawa mereka ke mari."
Ahlussuffah dikira sebagai
tetamu Islam. Mereka ialah
orang-orang yang tidak
mempunyai rumah dan tidak
mempunyai tempat tinggal dan
tidak ada pengurusan makanan
yang tetap untuk mereka.
Bilangan mereka tidak menentu
mengikut masa. Namun, pada
masa kisah ini berlaku jumlah
mereka ialah tujuh puluh orang.
Menjadi kebiasaaan Rasulullah
s.a.w juga bahawa mereka
dipasangkan berdua-dua atau
berempat-empat dan dijadikan
tetamu kepada para sahabat
yang agak kaya. Sekiranya
terdapat pemberian sedekah dari
mana-mana maka akan dihantar
kepada mereka tetapi Baginda
s.a.w sendiri tidak akan
menyertai mereka. Sekiranya
terdapat pemberian hadiah dari
mana-mana maka Rasulullah
sendiri akan bersama mereka.
Rasulullah s.a.w telah
memerintah agar memanggil
mereka. Hati saya terasa berat
memikirkan jumlah susu itu.
Banyak mana sangat untuk
membolehkan saya menjemput
mereka semua. Bagaimana
mungkin untuk setiap orang?
Sedangkan susu itu tidak
mencukupi untuk satu orang
pun . Selepas mereka dijemput,
sayalah yang akan diperintahkan
untuk memberi mereka minum.
Oleh kerana itu, saya akan
menjadi orang terakhir minum
dan sudah tentu susu itu tidak
akan tinggal sedikit pun. Namun
demikian, apakah ada jalan lain
selain mentaati Nabi s.a.w?
Saya telah pergi dan menjemput
kesemua mereka. Rasulullah
s.a.w bersabda, "Nah ambil,
berilah mereka minum."
Saya mengambil mangkuk itu
dan menyerahkan kepada
seorang demi seorang daripada
mereka dan setiap orang akan
minum sepuas-puasnya
kemudian barulah dikembalikan
mangkuk itu kepada saya.
Demikianlah saya telah memberi
minum kepada mereka semua
dan kesemua mereka telah
minum dengan puas.
Kemudian Rasulullah mengambil
mangkuk tadi lalu memegang
mangkuk itu dengan tangan
Baginda sambil memandang
kepada saya dengan tersenyum.
Baginda s.a.w berkata, "Sekarang
hanya tinggal kamu dan saya
sahaja."
Saya menjawab, "Begitulah."
Baginda mengarahkan, "Ambil
dan minumlah." Saya pun mula
minum. Baginda s.a.w mengarah
lagi, "Minumlah lagi." Saya pun
minum lagi. Akhirnya saya
berkata kepada Baginda
"Sekarang saya tidak boleh
minum lagi." Selepas itu
Rasulullah menghabiskan susu
yang masih tinggal
itu.